Bila pegang cili, korang perasan tak tangan panas semacam?
Itulah yang dinamakan sebagai pijar yang mana berlaku bila tangan korang bersentuh dengan benda panas macam cili. Biasanya orang yang ada kulit sensitif ni dia akan cepat rasa pijar sampaikan boleh rasa nak menangis sebab terlampau sakit dan tak selesa.
Dah basuh tangan banyak kali pun masih lagi sakit, masih lagi rasa tak selesa. Haaa, dulu sis Yana pun selalu kena masalah ni. Jadi untuk kali ni sis Yana akan share macam mana cara nak elakkan rasa pijar yang disebabkan oleh cili tu.
1. Minyak masak
Sebelum korang pegang cili, korang boleh celup sikit jari dalam minyak masak. Sebelum korang menumbuk cili, sis sarankan korang buat yang ni dulu. Sebab bila menumbuk, mestilah cili tu terpercik-percik kan?
Jadi bila adanya minyak masak, dia macam bertindak sebagai barrier yang halang kulit meresap rasa panas cili. Lepas dah habis tumbuk, korang cuci bersih lesung dengan tangan gunakan sabun.
Ingat, jangan celup dalam minyak panas pula tau. Karang kalau melepuh sis tak tanggung ya.
2. Sabun
Nak hilangkan pijar, tak cukup dik kalau setakat guna air paip. Korang kena gunakan sabun untuk cuci bersih sisa-sisa cili yang terkena kulit tadi. Nak lagi berkesan, gunakan air suam. Gosok rata sampai rasa panas tu hilang.
3. Garam
Dalam dapur rumah korang mesti ada garam kan? Haa, senang je. Gunakan je garam untuk hilangkan rasa panas dekat tangan tu. Caranya lumurkan tangan atau kawasan panas tadi dengan garam. Gosok perlahan macam korang skrub kulit sampai lah dah rasa panas tu hilang sebelum cuci dengan air bersih atau air suam.
4. Air beras
Air cucian beras korang jangan buang tau, sebab banyak kegunaannya. Kanji dalam air beras mampu hilangkan rasa pijar dekat tangan akibat daripada terkena cili.
Kalau korang tak ada plan nak masak nasi, korang boleh je rendam tangan korang dalam bekas simpan beras dan ramas-ramas beras yang ada sampailah rasa panas hilang. Bila dah hilang, boleh cuci bersih tangan dengan air.
5. Susu
Kalau korang rasa macam ada susu lebihan dekat rumah tu bolehlah gunakan. Cumanya kalau sis baiklah guna air beras daripada guna susu, sebab susu kan mahal. Bukan main lagi eh nak guna susu untuk cuci tangan.
Tip bonus: Alkohol
Untuk orang Muslim mesti tertanya mana pulak lah nak dapatkan alcohol ni? Gais! Korang lupa ke, musim COVID-19 ni kan kita kena selalu cuci tangan dengan hand sanitizer. Dalam hand sanitizer kalau korang nak tahu ada kandungan alcohol (yang dibenarkan), jadi bolehlah gunakan.
Gunakan step yang sama macam korang cuci tangan tu. Jangan risau alkohol takkan bagi tangan korang jadi lagi panas, sebaliknya akan buat tangan korang lagi sejuk.
Yang penting sebelum ke dapur gunakan api, basuh dulu tangan dengan sabun, sebab api boleh menyambar alkohol. Silap-silap nanti melecur pulak tangan tu. Dah tambah lagi satu sakit.
Sis harap tip yang sis kongsikan ni berguna untuk korang apply nanti bila ke dapur. Kalau korang ada tips yang lain, jangan lupa kongsikan dekat ruangan komen FB Sinaran Wanita tau. Itu saje untuk hari ni, kita jumpa lagi dalam sesi sharing lain pulak.
Stay safe, korang!