Musim-musim bulan puasa, kuih ketayap memang banyak dijual. Entah kenapa tak tahulah kalau musim lain, susah betul nak jumpa kuih yang satu ni.
Kalau korang nak tahu, kuih ketayap ni juga dikenali sebagai kuih dadar gulung tau. Sebab cara pembuatannya digulung lah kot. Cuma kaitan dengan ketayap pun tak pasti kenapa.
Sebab susah sangat nak jupa kuih ketayap ni, sis nak share sikit resepi mudah masakan Malaysia kuih ketayap ni yang dikongsi Puan Nor Ariffin. Mudah, senang dan sedap!
Bahan Inti:
- ½ biji kelapa ambik yg putih je
- ½ cawan gula merah (ikut manis yang kita suka)
- 1 helai daun pandan simpulkan
- Secubit garam
Cara penyediaan bahan inti:
- Masukkan air, gula merah dan daun pandan ke dalam kuali. Kacau sebati sampai gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut dan secubit garam kacau hingga sebati dan sampai agak kering airnya.
Bahan kulit ketayap:
- 2 cwn tepung gandum
- ½ santan kotak
- 1½ cawan air boleh pakai air pandan jika suka
- Sedikit garam
- 2 sudu mkn majerin @seripelangi
- Sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan kulit ketayap:
- Campur semua bahan – whisk hgga sebati. Bancuhan biar tak pekat sangat tapi jangan cair sangat pulak.
- Panaskan kuali dan sapu sedikit majerin.
- Masukkan 1 senduk adunan dan lenggangkan ke kiri dan kanan supaya adunan dalam kuali membulat dan nipis.
- Bila dah kering pemukaan kulit tu angkat dan letakkan inti dekat tengah-tengah kuih dan lipat kiri dan kanan lepastu barulah gulung dgn kemas.
Siap!
Mudah je kan? Ingatkan susah sangatlah nak buatnya pun. Lepas ni kalau teringin dah tak payah susah susah cari kedai mana yang jual. Buat sendiri, makanlah banyak mana yang nak pun. Baru puas hati.
Kalau korang pening mana nak cari bahan-bahan tu sebab dekat kedai biasa tak ada, korang pergi je TF Value Mart. Semuanya ada. Kena sangat harganya dengan poket rakyat marhaen kita ni.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Ariffin
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!