Tongkeng ayam ni memang sedap. Rasanya yang lembut dan kenyal buatkan ramai yang sukakan bahagian ayam yang satu ini.
Tapi ramai yang salah anggap dan geli sebabnya dia sangka yang tongkeng ayam tu tempat lubang dubur ayam, sedangkan lubang dubur ayam terletak bawah sikit daripada tongkeng tu.
Tapi ada satu masalah bila nak makan tongkeng ayam ni. Banyak betul bulunya weh! Jenuh nak keluarkan satu-satu. Kalau tak keluarkan rasa macam tak sedap pulak mata memandang kan?
Jadi untuk korang yang suka makan tongkeng ayam dan selalu ada masalah untuk buang bulu dekat tongkeng ayam tu, hari ni sis nak ajar sikit macam mana cara mudah nak buang segala bulu yang ada.
1. Guna lidi
Caranya masukkan je lidi dalam lubang bulu ayam sampai bertemu ‘hujungnya’ sebelum korang tolak sikit lidi ke atas dan tarik keluar dalam posisi lidi macam tu.
2. Guna playar
Pinjamlah kejap suami korang punya playar dan tariklah bulu tu guna playar. Kepitan playar yang kuat buatkan ia senang nak ditarik keluar. Kalau guna gunting nanti terputus sebab terpotong pulak.
3. Rebus
Kalau ada bulu yang degil, korang bolehlah rebus sekejap tongkeng ayam supaya kawasan yang attach bulu tu jadi lembut dan mudah nak tarik.
Sebelum korang buang bulu tu, jangan lupa buang sekali bahagian yang ini. Sebab ianya pun dikira sebagai ‘kotoran’ yang tak elok dimakan.
Oh ya, kalau korang suka pun tongkeng ayam ni, jangan makan selalu tau sebab nilai kolestrolnya paling banyak kalau dibanding dengan kawasan ayam yang lain.