Korang perasan tak, kalau kita buat tart Portugis sendiri selalunya jadi burn kan?
Walaupun tart ni sedap makan masa sejuk, tapi kalau dah terhangit nanti macam tak best je kan rasa dia. Sebab rasa burn tu bila kena dengan custard tu macam tak ngam sangat kan?
Jadi hari ni sis nak share resepi mudah tart Portugis yang tak burn sangat daripada Puan Qielaamin Aminuddin. Cantik je kejadiannya korang. Tengok pun rasa tergoda.
Bahan-bahan:
- 200ml susu segar/susu cair
- 150ml air masak
- Gula ikut nak manis macam mana
- Garam sikit
- Esen vanilla
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 biji telur
- Kulit puff pastry
- Acuan aluminium foil
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan diatas kecuali kulit puff pastry dan acuan. Kacau sampai sebati.
- Panaskan sekejap atas dapur supaya gula larut dan tapis isi dalam jug supaya senang nak tuang.
- Isi kulit ke dalam acuan dan tekan sikit-sikit untuk nak bagi dia bentuk ikut acuannya. Yang lebih tu boleh potong.
- Bakar guna api atas bawah ikut oven masing-masing selama 30minit. Untuk 5 minit last tu korang buka api atas je untuk bagi burn sikit je.
Senang je kan? Guna 4 step je dah boleh dapat tart Portugis yang sedap menggoda macam ni.
Nak cari bahan, korang boleh pergi je pasar raya yang harga dia memang harga mesra poket rakyat macam kita ni iaitu TF Value Mart.
Ingat, jangan lupa cuba tau. Selamat mencuba!
Sumber dan kredit gambar: Qielaamin Aminuddin
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!