Selain daripada siakap, ikan bawal adalah pilihan kedua yang lebih murah untuk menu sweet sour. Untuk yang dah selalu ke pasar, mungkin tahu ikan bawal ni ada 3 jenis yang selalu kita jumpa:

  1. Bawal hitam
  2. Bawal putih 
  3. Bawal emas

Nak bezakan ketiga-tiganya ni senang je. Tengok je pun dah tahu, cuma untuk yang masih tak tahu, meh kita belajar sama-sama.

Ikan bawal hitam ni dia lebih nipis dan selalunya ikan ni akan orang guna untuk masak sweet sour. Warna dia pun lebih hitam berbanding dua lagi ikan bawal. Eh, bawal hitam ni kalau buat goreng je pun sedap sangat dah.

Kredit: Simplyfish

Bawal putih pulak warna dia memang putih. Kalau orang panggil bawal cermin, atau bawal kilat itu pun sama je bawal putih. Badan bawal putih ni nampak berkilat tau. Saiznya lebih lebar dengan mata dan mulut yang kecil. Bawal putih ni biasanya lagi mahal tapi orang suka beli.

Kredit: Wikipedia

Yang terakhir bawal emas. Bawal emas ni memang ada silau silau warna emas sikit. Isi dia lebih tebal dengan saiz besar. Buat masak kari memang onzz gila sebab isi dia banyak.

Kredit: Omma Foody

Tapi tak kisahlah bawal jenis apa, ikut citarasa korang suka makan cara macam mana. Yang penting beza ikan kena tahu supaya nanti tak adalah tersalah bila mak mentua suruh beli. 

Hehe.