Tidak hanya membakar lemak, latihan kardio juga sangat baik untuk kesihatan jantung.

Kebiasaanya bila kita makin berusia, pelbagai masalah kesihatan yang datang tanpa diundang, sebab itu perlunya penjagaan kesihatan dari kita awal. Pada ibu bapa atau saudara mereka yang mempunyai masalah jantung, boleh la cuba untuk buat latihan kardio seperti ini. Senaman ini pun mudah untuk kita ikuti.

Latihan kardio ini bukan sahaja bagus untuk menurunkan berat badan tetapi baik untuk kesihatan jantung. Kiranya kita boleh 2 in 1, membakar lemak dan juga menjaga kesihatan jantung. Pelbagai latihan kardio yang kita boleh buat seperti berjogging, berbasikal, berjalan dan lain-lain. Namun ada juga senaman kardio yang lain yang tidak memerlukan anda untuk berlari. Antaranya :

Kawad setempat

  • Lakukan pergerakan seperti berkawad setempat dengan langkahkan kaki kiri dan kanan berselang. Angkat kaki setinggi yang mampu.

Lompat Bintang

  • Buka kaki sambal melompat dan tangan digerakkan ke atas

High Knees

  • Berdiri dan lompat setempat dengan mengangkat lutut setinggi yang mampu berselang seli kaki kiri dan kanan.

Kita yang muda-muda ni, boleh la mula bersenam! Supaya bila dah makin berusia, takla banyak masalah kesihatan datang. Jangan tahu nak duduk 8jam straight kat meja office tu je haha Tahu2 punggung je makin besar 😛