Cuti sekolah dah nak habis. Mesti ada antara ibu bapa yang busy untuk shopping baju dan peralatan sekolah baru. Nak ingatkan supaya kalau boleh baju tu cari material yang tak berapa jarang sangat ya.
Lepastu, nasihatkan anak-anak anda untuk tidak memakai pakaian dalam seperti bra yang berwarna terang. Bukan apa, baju sekolah kan putih, tak pasal-pasal dari jauh dah nampak bra itu. Anda selaku ibu bapa pasti tak nak perkara itu berlaku kan?
Haa, kan dah kena sound dengan kakak pengawas!
Seorang pengguna twitter, @ivyqstna yang menyuarakan tentang ini mendapat maklum balas yang turut berpendapat sama sepertinya.
Kita cuma hanya nak ingatkan sahaja. Lagi-lagi time hujan, murid sekolah yang memakai bra warna terang seperti merah akan menarik perhatian ramai orang. Tolong make sure anak anda pakai singlet sekali. Ini demi kebaikan anak anda juga.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Kaum wanita sendiri pun tak senang tengok benda macam ni.
Kepada pelajar sekolah rendah lebih-lebih lagi di peringkat High School, warna striking memang cantik. Tapi pakai masa dekat rumah ya, bukan ke sekolah.
Tengok di bawah, luahan pelajar lelaki mengenai isu nampak bra. Malu kan? Bukan sahaja membawa dosa kepada diri anda sahaja malah memberi gangguan seksual kepada pelajar lelaki.
So lepasni, no no to stricking color bra ok anak-anak?
#SinaranWanita
#Jarumbebenang