Hello! So untuk Goyang Sihat harini Kak Jah nak kongsi senaman ringkas yang tak perlukan equipment pun. Yessss, you read it right. No equipments needed. So kalau takde equipments maksudnya boleh buat dekat rumah lah kan? yess betul lagi! Hehe so mehlah kita tengok apa jenis exercise tersebut dan boleh praktikkan dekat rumah or pejabat.
1. Berjalan
Kalau ada tangga di rumah korang, silalah lakukan aktiviti turun naik tangga ataupun yang paling ringkas, korang cuma perlu berjalan setempat. Lakukan sebanyak beberapa pusingan. Ini membantu korang kuatkan otot kaki.
2. Lompat Katak
Tipu kalau korang tak tahu cara lompat katak. Semua orang boleh buat. Tapi kalau melompat ke belakang? Kalau korang boleh buat tu, memang power. Senaman ini membantu korang memanaskan badan juga untuk senaman kardio.
3. Push Up
Selalunya, kaum lelaki paling suka buat senaman ini berbanding perempuan sebab yelah penat okay buat push up ni. Lakukan pada lutut korang daripada meluruskan kaki korang. Korang juga boleh mencuba dengan berdiri pada dinding. Ini membantu korang membina kekuatan lengan.
4. Naikkan Kaki
Ini pun salah satu senaman sangat ringkas tetapi membantu kita membina otot kaki. Kalau korang tak boleh nak luruskan kaki, mungkin boleh cuba bengkokkan sedikit. Insya Allah berhasil.
5. Jogging Setempat
Joging merupakan senaman yang bagus untuk hati. Anda boleh berjoging sambil menonton tv atau mendengar muzik di rumah.
6. Crunches
Crunches ni merupakan latihan yang seakan-akan sit up tu. Fuh ini memang boleh kempiskan dan flatkan perut korang. Boleh try!
7. Squat
Ini senaman favourite Kak Jah ya anak-anak hehe sebabnya senaman ni memang antara yang paling senang nak buat dan menampakkan hasil. Latihan ini baik untuk membina kekuatan kaki membentuk punggung yang cantik.
Alright itu sahaja untuk kali ini! Nanti Kak Jah share lagi senaman lain yang very easy to do.