Perasan tak, kawan-kawan perempuan kita yang sedang hangat bercinta sama ada dengan kekasih hati atau dengan suami nampak lebih cantik. Wajahnya lebih manis, kulitnya lebih cantik, senyumannya nampak sangat memikat. Kak Jah pun perasan benda ni pada diri sendiri dan juga kawan-kawan sekeliling. Haa rupanya benda ni memang fakta tau dan ada sebab saintifik di belakangnya.
Ketika perhubungan berkembang untuk ke fasa yang seterusnya, semasa proses mengenali pasangan, dikatakan kuasa cinta mampu membuatkan individu yang bercinta terutamanya wanita kelihatan lebih menarik dan menawan! Betul ke? Fakta atau auta ni?
Rata-rata ramai yang memberikan jawapan yang sama iaitu, individu yang bercinta kelihatan lebih menarik dan menawan terutamanya bagi golongan wanita! Mereka kelihatan seperti bunga yang kembang mekar membuatkan mereka kelihatan lebih mempersonakan.
– Positif
Apabila wanita di lamun cinta, aura positif yang di keluarkan oleh mereka mampu membuatkan orang di sekeliling mereka terpana! Tambahan lagi, perubahan positif ini membuatkan wanita lebih berkeyakinan terhadap diri mereka.
– Menaikkan Mood
Wanita dan emosi berpisah tiada, itulah realiti karakter di dalam diri wanita. Menariknya semasa mereka di lamun cinta, emosi dan mood mereka lebih baik dan sekaligus tekanan di dalam diri mereka hilang seperti belon yang terbang ke udara dengan bebas. Hebat betul kuasa cinta ya!
– Membuatkan Diri Jadi Kurus!
Tak perlu cari jus pelangsing hanya semata-mata untuk kurus! Kuasa cinta dah cukup power untuk buatkan wanita kekal langsing! Tak percaya? Apabila wanita sedang hangat bercinta, badan mereka menghasilkan adrenalin yang berfungsi sebagai mengawal rasa makan!
Ini bermakna wanita kurang/tidak lagi memakan makanan ringan atau makan di tengah malam! Fuh, sebab tu tengok ramai wanita yang bercinta ni langsing dan menarik je ya!
Wanita yang di lamun cinta ini bukan sahaja kelihatan langsing, malah mereka juga sentiasa nampak awet muda dek penangan pengaruh cinta! Ini kerana apabila di dalam diri berbuak-buak dengan perasaan bahagia dan gembira, secara tidak langsung mempengaruhi psikologi dan gaya hidup mereka! Sebab tu wanita yang bercinta ni nampak lebih menarik dan menawan dengan sumber kuasa cinta dan boleh membentuk fenomena sebegini!
– Berkeyakinan
Kuasa cinta membuatkan wanita lebih menghargai diri mereka dan berkeyakinan. Dan perkara sebegini bukan lagi satu yang ganjil kerana apabila peribadi mereka menjadi yakin dan bersemangat ke semua perasaan ini akan dapat di lihat di raut wajah wanita itu sendiri.
Dan wanita yang mampu menyintai diri mereka sendiri akan membuatkan mereka lebih mempersonakan dan elemen karisma yang tersembunyi di dalam diri wanita terserlah, sekaligus membuatkan pasangan mereka kagum dan bangga dengan si kekasih hati!
Apa Pandangan Lelaki Tentang Wanita Kelihatan Menawan Dek Kuasa Cinta?
Rata-rata pandangan lelaki tentang kuasa cinta adalah positif, mereka percaya bahawa kuasa cinta mampu membuatkan wanita lebih tertarik dan menawan!
– Kebenaran & Kepalsuan
Berada di fasa bercinta ini, sememangnya moment yang sangat indah bagi pasangan yang bercinta. Tetapi betul ke apa yang di tunjukkan itu adalah benar atau palsu? Menariknya, lelaki dapat menilai jika pasangan mereka dengan hanya melihat senyuman si pasangan! Jika benar-benar bercinta dan di pengaruhi dengan kuasa cinta, pasti akan terpancar keikhlasan dari sinar mata dan diri mereka sendiri!
– Lebih ‘Hot’ & Seksi!
Rata-rata si lelaki berpendapat bahawa wanita yang di pengaruhi kuasa cinta ini kelihatan lebih ‘hot’ dan seksi di mata mereka! Apa saja yang si pasangan mereka lakukan memberikan impresi yang mengagumkan buat si lelaki.
– Karakteristik Mempersona
Lelaki dapat melihat karakteristik pujaan hati mereka lebih mempersonakan, baik sikap keanak-anak, kenakalan, licik, bijak, air-headed, lucu dan sebagainya akan kelihatan mempersonakan di mata si lelaki dan istilah cinta itu buta sememangnya ungkapan yang benar kerana di alam percintaan, lelaki akan mendapati sikap serta perangai wanita yang di cintai adalah menawan dan mempersonakan bagi mereka. Umpama di sihir dengan potion cinta gitu!
– Harta Yang Paling Bernilai!
Bagi si lelaki, pasangan mereka adalah harta yang paling bernilai yang pernah mereka jumpai. Umpama menjumpai khazanah yang paling unik dan tidak pernah di temui oleh orang lain! Ini kerana, wanita yang bercinta akan menunjukkan sisi dominan yang tidak pernah di lihat oleh orang asing.
Kebergantungan wanita, karisma mereka, sikap berdikari, keunikan, dan rahsia mereka semuanya di tunjukkan kepada lelaki yang mereka benar-benar percaya dan yakin. Dan bagi lelaki perasaan di percayai dan kebergantungan terhadap diri mereka membuatkan ia satu perasaan yang luar biasa. Mereka juga merasakan wanita kesayangan mereka adalah harta yang tidak ternilai!
Siapa sangka, lelaki juga berpendapat bahawa wanita dapat menunjukkan pelbagai sisi yang belum pernah dilihat oleh mereka dek pengaruh kuasa cinta! Dan tentu saja bagi individu baik lelaki dan wanita yang benar-benar menghargai hubungan akan memandang aspek ini dengan serius kerana matlamat perhubungan adalah menuju ke alam perkahwinan dan bersama-sama sehingga ke akhir hayat!
Haaa so betul kan wanita nampak lebih cantik? Yang lelaki tu cuba check pasangan masing-masing, mesti ramai yang setuju dengan points-points ni kan? Yang single tu kalau nak nampak lebih cantik bolehlah cari pasangan dan mula bercinta! Hehe.