Lebih sihat! Resipi dessert buah-buahan pilihan terbaik

Adui tekak Kak Jah ni memang selalu betul nak makan makanan manis. Saiz badan dah macam beruang, risau pulak benda lain yang datang singgah. Tak boleh jadi ni.

Maka Kak Jah pun google lah resipi dessert sihat. Haaa jumpa pun. Meh Kak Jah share dengan korang.

Semua ni dessert buah tau. Jom buat!

BERI DAN KRIM

A slice of cake on a plate

Description automatically generated

Campur 4 cawan strawberi bersama 2 sudu besar gula kelapa dan 2 sudu teh jus lemon. Biarkan 30 minit. Pukul 2 tin krim, 1 sudu besar madu dan 1 sudu teh ekstrak vanila. Hidangkan bersama strawberi tadi dan tambah badam.

SORBET RASPBERI

Food on a plate

Description automatically generated

Kisar 700g raspberi beku. Masukkan ½ cawan air dan ¼ cawan madu dan kisar tiga minit sehingga halus. Bekukan 30 minit. Bahagikan sorbet kepada 4 gelas dan hidang bersama 2 sudu besar biscotti hancur dan raspberi segar.

BUAH PIC PANGGANG

A close up of food

Description automatically generated

Campurkan ½ sudu teh serbuk kayu manis dan 2 sudu besar gula kelapa. Potong pic kepada separuh dan panggang pada suhu panas tiga minit. Taburkan campuran serbuk kayu manis bersama gula kelapa tadi dan hidang bersama greek yogurt.