Resepi goreng pisang krup krap! Guna resepi ni

Siapa yang tak suka goreng pisang kan? Sedapnya bila makan panas panas, cicah pula dengan sambal kicap. Yang lagi mantap bila bunyi krupp krapp. 

So ini lah rahsianya, goreng pisang yang bila dah sejuk pun masih lagi rangup.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung beras cap gajah
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 4-5 ketul ais kiub
  • 1 sudu kecil pewarna kuning, boleh juga guna kunyit kalau suka
  • Air yang sejuk
  • Sedikit kapur makan (dibancuh dengan 1 sudu air)

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali ais batu dan air sejuk. Gaul sebati kemudian masukkan ais dan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair.
  2. Cara nak goreng pula, guna api yang sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas.
  3. Masukkan pisang yang telah disaluti tepung tadi, masa menggoreng, jangan kecilkan api. Biar api dengan tahap yang sama. Bila tepung kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Khalifah Media Network

Resipi Bonus Sambal Kicap

  • 12 biji cili padi
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air

Cara-cara:

Masukkan semua bahan dan kisar sehingga halus. Masak atas api sehingga pekat. Resipi sambal kicap ini, rasa pedas pedas manis. Kalau suka lebih pedas, boleh tambah lagi cili padi. Memang sesuai untuk dimakan bersama goreng pisang yang rangup.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun