Acar mentah timun ni memang sedap jika dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi berperisa yang lain. Seakan jadi pelengkap hidangan, bunyi krup krap krup yang dihasilkan semasa mengunyah menambahkan lagi rasa enak makanan.
Orang kata acar timun atau mesra dipanggil jelatah ni selalu dijadikan hidangan yang seimbangkan menu masakan berlemak.
Cara nak buat acar ni memang mudah sangat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Jom tengok resepi perkongsian daripada Puan Aini Aini di FB Group DAPUR.
Bahan A:
- Lobak (dibuang kulit dan potong memanjang macam lidi mancis)
- Timun, tidak perlu dibuang kulitnya (dipotong beberapa bahagian kemudian bahagian yang dipotong dikerat kepada 4 bermakna tengahnya itu dibuang jangan digunakan, harap faham. Kemudian dipotong memanjang macam lidi mancis)
- Bawang kecil dan bawang putih (dibuang kulitnya, biarkan sebiji-sebiji)
- Cili merah dan hijau, dibelah jangan putus
- Halia dimayang (potong seperti lobak dan timun juga)
- Secekup biji sawi
Bahan B:
- Cili kering yang telah direbus dan dicuci bersih
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup
Bahan C:
- Cuka
- Gula
- Serbuk perasa (optional)
- Garam jika perlu (jangan bubuh dulu sebab garam sudah digaul dengan bahan A tadi), jika perlu baru tambah
Cara penyediaan:
- Bahan A digaul rata dengan garam secukup rasa dan biarkan sebentar untuk keluarkan air dari timun. Toskan air.
- Bahan B dikisar halus dan ditumis hingga betul-betul garing.
- Kemudian masukkan bahan C dan masak hingga pekat.
- Akhir sekali masukkan bahan A dan gaul rata sebelum tutup api. Dah siap.
Hasilnya nanti akan jadi menawan macam ni. Selamat mencuba!
Sumber: FB Group DAPUR
Kredit gambar utama: SEASALTWITHFOOD
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!