Masalah nasi terlebih air ni selalu jadi bila kita tukar beras lain. Sebab lain jenis dan jenama beras, lain jugalah cara sukatan airnya. Bila kita guna sukatan yang sama, nanti ada yang jadi nasi keras dan ada juga yang lembik dan benyek.
Yang keras tu tak ada masalah, sebab boleh tambah air dan masak je semula. Tapi kalau yang lembik? Takkan nak jadikan bubur pula kan? Nak buang rasa membazir pula.
Ehhh, korang! Sabar jap. Kalau nasi keras, jangan buang! Ada caralah untuk keraskan semula nasi tu. Meh sini, sis Yana nak ajar sikit, supaya lepas ni kalau terlebih air, tak ada lah kita gelabah dekat dapur sensorang.
Telur
Ya, gais. Pakej guna telur ni macam 2 in 1. Sambil korang dapat jadikan nasi keras, sambil tu juga korang dapat lauk tambahan – telur rebus.
Caranya mudah je, korang cuci bersih telur sebelum masukkan 1 atau 2 biji telur ke dalam nasi lembik dan biarkan dalam 15 minit. Tutup periuk nasi dan lepas tu korang akan nampak nasi dah mula jadi antic sebab air lebihan tadi dah diserap telur.
Oh ya, jangan tutup elektrik tau. Biarkan mod periuk dalam keep warm.
Roti
Kalau rumah korang ada roti, bolehlah guna roti. Caranya korang letak dua atau tiga keping roti atas nasi tadi dan biarkan periuk ditutup dalam keadaan periuk mod keep warm tau. Kalau nasi korang banyak, ikutlah berapa keping pun korang nak letak. Nanti bila dalam 20 minit macam tu, korang keluarkan roti tadi.
Tapi cara ni sis Yana tak berkenan sikit. Sebab membazir. Melainkan kalau rumah korang ada ayam atau itik, haa… roti tadi boleh kasi kat dorang. Kalau tak buang gitu jelah walaupun korang dapat nasi keras balik.
Setakat ini, 2 jelah cara yang sis Yana tahu. Kalau korang ada cara yang lain, korang bolehlah share dekat ruangan komen.
Nak lagi selamat untuk tak payah risau nasi keras ke lembik, korang boleh kukus je nasi tu. Mudah sangat. Nasi pun naik cantik je kejadiannya, cumanya masa masak agak lama sikitlah. sebab kukuskan? Tapi sedap tau rasa dia.
Ini tip nak keraskan nasi. Nanti sis Yana share pula tip nak lembutkan nasi yang keras atau mentah.
Itu jelah untuk sekarang. Jangan lupa cuba tau. Selamat mencuba!