Nikmat kesihatan badan adalah satu nikmat yang tak dapat ditukar ganti sekalipun dengan wang ringgit berjuta.
Untuk badan yang sihat, penjagaan rapi perlu dilakukan supaya urusan seharian tidak terganggu. Bila badan sihat dan segar, barulah bersemangat nak buat kerja kan?
Salah seorang pengguna Facebook, Sharifah Azma ada berkongsikan resepi air yang hanya menggunakan bahan-bahan dapur yang dapat berikan tenaga secara semula jadi. Kalau nak tahu resepi ni beliau dapat daripada prof kesayangan ramai, Prof Muhaya.
Bahan-bahan:
- Serai
 - Kunyit hidup
 - Halia
 - Bunga cengkih
 - Bunga lawang
 - Kulit kayu manis
 - Buah pelaga
 - Biji ketumbar
 
Cara penyediaan:
- Hiris serai, halia dan kunyit.
 - Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan.
 - Rebus sampai mendidih dan jadi seperti gambar di bawah.
 
- Tapis dan minum seperti biasa.
 
Kalau diamalkan selama seminggu, pasti korang dapat rasa sendiri perubahan diri. Sambil-sambil beri tenaga, baik juga untuk kesihatan sebab air minum ni boleh bersihkan bahagian dalaman kita.
Tak percaya? Sila cuba dan rasakan sendiri.
Sumber: Sharifah Azma

									
									
									
									
									
									
												Ubah menu lunch dengan Udang Goreng Berempah                        
												Selera ori Johor: Resepi Mee Rebus                        
												Nasi Cepat Basi? Jom Cuba 3 Cara Ni, Mesti Tahan Lama                        
												Resepi Jejari Terung Rangup, Macam Makan Keropok!                        
												Ibu Duduk Rumah Goyang Jari Pun Boleh Jana Income, UnieQun Chan Kongsi Perjalanan Bergelar Streamer Bigo Live                        
