Percaya tak, Bahagian Biologi Manusia Universiti Pensylvania pernah keluarkan kenyataan yang mana peluh lelaki boleh bantu perempuan kurangkan stress.
Para isteri setuju ke tak tu?
Lagi-lagi pulak kalau part ketiak tu, pergh! Bau peluh dia boleh terus ke bulan beb! Hangit dia lain macam.
Tapi itulah, kajian pernah bagitahu yang deria bau wanita ni lebih tertarik dengan bau jantina berlawanannya. Malah kalau dihidu katanya boleh buatkan jiwa wanita lagi tenang.
Manakala kalau tidur dengan berbaring pada ketiak suami, isteri dikatakan boleh jadi awet muda yang mana aura kecantikan semulajadi tu akan diberikan secara perlahan-lahan.
Kalau suami korang jauh, korang bolehlah jadikan pakaian dorang sebagai ganti kepada bau tu.
Walaupun kaitan antara bau lelaki dan perasaan wanita masih belum jelas, tapi penyelidik simpulkan yang bau peluh lelaki terutamanya bau peluh pasangan dapat baiki perasaan wanita kerana meningkatkan mood dorang.
Tapi, suami-suami sekalian. Kalau isteri tengah berangin jangan pula pergi tonyoh ketiak korang kat muka dia. Itu bukan buat dorang lagi tenang, tapi memang mendapatlah nanti.
Jangan kata sis tak kabo ehh…