Berapa lama eh kita boleh simpan ayam dalam peti ais?
Buat mak-mak yang rajin masak, mungkin ini bukan masalah untuk korang. tapi buat yang bujang macam sis ni… Ini memang isu besar jugak. Sebab biasanya kalau tak kedai makan, mesti Foodpanda je kita sis.
Untuk seekor ayam, bagi orang bujang tak rajin masak memang boleh cecah sampai 2-3 bulan untuk habis. Tapi elok lagi ke ayam tu lepas 2-3 bulan? Jom sis share apa yang sis jumpa pasal ni.
Memang makanan sejuk beku tahan lama kalau simpan dalam peti ais sejuk beku, tapi adakah rasa dia masih sama?
Menurut seorang ketua cef Hello Fresh, Claudia Sidoti mmenjelaskan ayam mentah boleh bertahan sehingga setahun kalau disimpan dalam freezer sebelum tahap kualitinya mula menurun.
Tapi kalau ayam tu dah dipotong, biasanya ‘jangka hayat’ selamat akan jadi lebih singkat iaitu 9 bulan.
Cara terbaik untuk pastikan ianya kekal rasa yang sama adalah dengan gunakan vacuum-seal untuk buang udara yang ada dalam bungkusan. Kalau tak ada vacuum-seal, korang boleh je buat manual – tekan sampai tiada lagi udara dalam plastik bungkusan.
Walaupun ayam boleh simpan dalam freezer sampai setahun, rasanya memang akan jadi tak segarlah.
Itu kalau peti ais jenis freezer. Kalau peti ais satu pintu sis yang kadang elok kadang tidak tu rasanya memang tak jadilah nak simpan sampai setahun uols. Ngeri membayangkannya.
Kredit gambar utama: Eat This, Not That