Ada yang dah mula uli doh biskut dah ke? Maklumlah puasa pun dah nak masuk 2 minggu, sekejap aje rasa kan.
Kali ni Kak Jah nak kongsi resepi biskut paling senaNg, guna 3 bahan aje. Lagi syok, tak perlu bakar pun! Buat je terus boleh makan. Haaa tunggu apa lagi, jom tengok resepinya!
Biskut Milo Crackers ni hasil perkongsian Nurasykin Ali.
Bahan-bahan:
- 1 pek biskut Marie
- ½ tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
- ½ cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico
- Tambahan: chocolate rice sebagai hiasan.
Cara-cara:
- Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
- Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
- Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
- Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
- Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.
Siap! Amboiiii senang betul! Ni anak Kak Jah pun boleh buat ni. Jadi korang jomlah kita cuba.