Rakyat Malaysia ni memang jenis yang makan semua makanan daripada pelbagai negara. Tak kisahlah yang jenis heavy atau pun sebagai snack. Tapi ada setengah makanan yang agak remeh cara pembuatannya.
Macam sushi.
Jadi hari ni sis nak share sikit cara nak buat nasi sushi sebab nasi adalah bahan utama dalam sushi.
Bahan:
- 2 cawan beras sushi
- ½ cawan cuka beras
- 2 sudu teh garam
- 4 sudu makan gula putih
Cara penyediaan:
- Cuci beras sushi macam biasa dan lepas buang air bilasan pertama, gaulkan beras sekejap dalam 1 minit dan bilas (bukan cuci) sampai air beras bersih.
- Bila air cuci dah bersih sukat air ikut sukatan yang sesuai dan biarkan beras tadi terendam dalam 30 minit.
- Lepas 30 minit, masukkan beras dengan air yang dah disukat tadi dalam periuk bertutup dan masak dalam api sederhana.
- Bila dah mendidih, kecilkan api dan masakkan lagi dalam 2 minit. Jangan buka tutup dulu dan kecilkan api lagi sekali dan biarkan lagi beras dimasak guna api kecil dalam 10 minit.
- Lepas 10 minit, rasa sama ada nasi sushi dah masak ke belum. Bila nasi dah masak korang boleh campurkan dengan cuka yang dah dikacau dengan garam dan gula.
- Bila dah siap gaul tu, korang coverkan bekas isi nasi tadi tu dengan tuala basah bersih supaya nasi tadi tak kering.
Hasilnya, nasi sushi korang memang moist dan sangat sedap! Jangan lupa cuba ya. Selamat mencuba!
Kredit resepi: cookingwithalia