Cara ‘defrost’ daging sepantas 5 minit!

Nak raya ni, macam-macam teknik mommies boleh lakukan untuk buat kerja dengan pantas. Maklumlah macam-macam kerja nak kena buat kan? 

So kita nak chare dengan uols cara lembutkan sepantas 5 minit sahaja. Menarik kan? Jom kita mulakan! 

Dalam hal ini, uols hanya perlukan dua periuk jenis logam. Untuk pengetahuan mommies, logam terutama sekali aluminium bertindak sebagai konduktor haba yang baik di mana haba terhasil melalui proses ini mampu melembutkan daging beku. 

Cara-cara:

1.   Terbalikkan periuk yang pertama.

2.   Kemudian, letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3.   Letakkan periuk lagi satu di atas daging tersebut. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4.   Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5.   Tunggu sehingga daging beku menjadi lembut. Kebiasaannya masa yang diambil dalam 5 hingga 10 minit bergantung kepada ketebalan daging.

Mudah, bukan? Selepas ini, mommies bolehlah lembutkan daging beku dengan segera tanpa perlu menunggu lama. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols dan selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun