Berbeza dengan mi kuning dan kuetiaw, bihun ni agak lama sikit penyediaannya sebelum masak. Sebab dia tak lembut macam mi lain. Sebab itulah bihun ni boleh disimpan sampai bertahun lamanya sebab teksturnya yang kering.
Selalu kalau nak masak bihun, korang buat macam mana untuk lembutkan dia? Rendam semalaman ke atau terus je masuk dalam kuali bila nak masak nanti?
Okey, jadi dekat sini sis nak share sikit cara untuk korang lembutkan bihun tapi tetap kekalkan tekstur dia. Maknanya bihun tak terputus-putus.
- Rendam guna air panas. Biar dalam 15 minit. Bila rasa bihun dah lembut terus pindahkan bihun ke dalam air sejuk atau boleh lalukan bawah air paip. Tekstur bihun akan jadi lebih sedap & kenyal.
- Bila dah siap tumis segala bahan untuk masak bihun, masukkan bihun yang dah dicuci dengan air biasa ke dalam kuali. Masukkan air dan besarkan api supaya bihun terus direbus atas kuali.
- Kalau korang nak masak bihun dalam 2-3 jam lagi, korang boleh guna cara ni. Tak perlu salin bekas, potong plastik bihun dan masukkan air ke dalam plastik bihun (tanpa keluarkan bihun). Cara ni memang mudah. Cumanya janganlah masukkan air panas. Lebur plastik tu nanti.
Mudah je kan nak lembutkan bihun ni? Jadi lepas ni bolehlah selalu masak. Masak kosong atau orang Johor kata masak bodo pun dah sedap.
Selamat mencuba!