Mungkin ada yang rasa ala nak kupas kentang je kot, takkan tak tahu?
Ya, korang. Tak semua pandai kupas kentang cantik elok licin. Macam sis sendiri, sis akui sis tak pandai nak kupas kentang pakai pisau. Selalu guna yang pengupas buah tu je sebabnya takut pisau ‘termakan’ tangan nanti.
Kalau korang nak tahu, ada cara tau nak kupas kentang bagi cantik elok licin jeee. Lagi cantik daripada korang yang guna peeler tu.
Meh sini sis nak share sikit.
- Ambil kentang dan hiris kulit sikit, buat arah melintang bukan memanjang tau.
- Lepas tu korang rebus kentang sampai kentang lembut.
- Bila dah siap rebus tu, korang rendam dulu sekejap dengan air sejuk then tarik je kulit tu. Memang senang je boleh tertanggal!
Senang je kan? Nanti kalau ada rewang kenduri, bolehlah guna cara ni. Cepat kerja.
Korang mungkin berminat nak baca:
Resepi Ayam Kurma Lejen Wajib Cuba, Sedap Sampai Menjilat Jari