Pernah dengar tak, wanita Thailand memiliki kulit yang putih, bersih dan halus. Betul tau, kulit diorang ni memang cantik dan bersih sangat. Haa nak tahu rahsianya? Senang je!
Wanita Thailand especially puteri-puterinya yang dulu memang mengamalkan bahan tradisi je iaitu tepung beras pulut untuk mencantikkan kulit. Siapa sangka, banyak faedah daripada beras pulut ni. So harini Kak Jah nak share resipi cantikkan kulit dengan menggunakan beras pulut.
Ramuan skrub beras pulut :
- 4 sudu besar beras pulut
- 2 sudu besar putik bunga ros (rose bud)
- 1 sudu besar susu tepung
- sedikit air mawar
Cara-Caranya :
- Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
- Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
- Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
- Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
- Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
- Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
- Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
- Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Okay so resepi kedua pulak ialah beras pulut sebagai bedak.
Cara-caranya :
Campurkan dua bahagian tepung beras dengan satu bahagian tepung jagung dan simpannya di dalam bekas kedap udara.
Siap! Bedak ini berupaya menyerap minyak muka dengan baik bahkan berupa agen senang disapu ke permukaan kulit. Boleh guna berus berbulu tebal seperti “Kabuki Brush” yang uols selalu guna tu. Tapi hati-hati, jangan banyak sangat sebab risau pulak muka bertepung sangat. Maklumlah memang guna tepung beras kan hehehe.
Haaa berminat tak nak cuba? So bila nak cuba tu? Hehe sebab bahannya senang ya amat kan maka jomlah kita cantik sama-sama uols. Selamat mencuba!
Nak baca lagi?
Berus pembersih wajah – Memang betul-betul berkesan ke?