Hi mommies. Memandangkan tempoh PKP dilanjutkan, Kak Jah nak share kan list apa yang korang kena ada dalam tempoh duduk rumah ni.
Stok makanan yang mencukupi
Stok makanan kena mencukupi dan maksud mencukupi di sini ialah mencukupi untuk keluarga uols ye bukan untuk satu taman perumahan! Make sure mommies beli makanan yang anak-anak makan sahaja ye. Janganlah beli barang hanya sebab promosi tapi sudahnya tak makan pun. Waktu ni lah kena jimat cermat.
Stok ubat-ubatan
Kalau boleh, kita nak kurangkan trip keluar rumah jadi make sure ada stok ubat-ubatan macam panadol atau ubat sakit perut yang mencukupi supaya boleh buat rawatan di rumah.
Stok barang keperluan rumah
Benda-benda macam sabun basuh baju, ubat gigi dan sabun basuh pinggan tu pun jangan lupa beli! Kak Jah pun baru perasan sabun basuh baju dah habis dan nasib baik kedai runcit depan rumah tu masih beroperasi. Beli sekadar yang diperlukan ya.
Jaga mental diri dan keluarga
Ada yang mungkin lebih cepat rasa stress sebab kena duduk dalam rumah kan, macam anak sulung Kak Jah tu sebab dia ni extrovert sikit. Jadi, Kak Jah supply kan dia dengan games yang menarik sepanjang tempoh PKP ni dan jugak benarkan dia yang pilih movie apa yang nak ditonton setiap malam sebelum tidur. Cara ni bagi dia motivasi sikit dan boleh kurangkan stress dia.
Okay lah Kak Jah nak sambung masak menu dinner pula. Cik abang kata malam ni nak makan sup tulang. Uols jaga diri okay?