Nak halang cicak masuk rumah? Guna cara ini…

Mesti semua orang nak rumah yang kemas dan bersih, kan? Bayangkan sudah penat mengemas tiba-tiba tahi cicak pula muncul, mesti mommies berasa sakit hati, kan? 

So lepas ni uols mungkin boleh guna cara mudah dan efektif untuk cegah kehadiran cicak dalam rumah dengan menggunakan bahan di dapur. Jom!

1.   Kulit telur

Petua ini kerap digunakan oleh nenek moyang terdahulu iaitu dengan letak atau susun kulit telur yang telah dibersihkan di kawasan atau tempat yang berpotensi menjadi laluan cicak. mommies haruslah menukar kulit telur setiap bulan.

2.   Serbuk kopi

koo_Easy-Resize.com-1
Kredit: BUKANAKU.COM

Campurkan serbuk kopi bersama tembakau yang dicincang dan gaul rata bahan-bahan tersebut. Kemudian, ambil batang mancis atau pencungkil gigi dan sapukan sedikit gam. Lekatkan adunan kopi dan tembakau tadi pada bahagian yang telah dialiskan gam kemudian letak di dalam ruang yang menjadi rumah cicak seperti almari.

3.   Air sejuk

rsz_air_ais
Kredit: CERIA SIHAT

Sembur air sejuk pada cicak dan ia akan melumpuhkan pergerakan cicak. Apabila cicak sudah jatuh dan tidak bergerak, uols bolehlah pukul cicak tu. 

4.   Sos Tabasco

tabasko_sos
Kredit: RESTORANI

Campur sos tabasco bersama air dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sembur belakang almari dan rak. Baunya yang tajam tidak digemari oleh serangga perosak di dalam rumah termasuk cicak dan tikus.

P/s: Jangan sembur di dinding, nanti kotor.

5.   Bawang

bawang4-1-1280×720
Kredit: PERAK TODAY

Letakkan bawang merah dan putih pada tingkap mampu mencegah cicak masuk dalam rumah. Selain digantung pada tingkap, boleh juga anda hasilkan pati bawang. Kisar bawang tersebut dan tapiskan. Sembur jusnya di kawasan laluan cicak.

Bahan-bahan yang digunakan mudah sahaja untuk didapatkan dan semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mommies menyelesaikan masalah cicak di rumah.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun