Nak jadi tinggi? Senaman ni mungkin boleh bantu

Mudah dan senang untuk diikuti kalau anda ingin tambah ketinggian. 

Siapa yang kat sini suka rasa yang dia tinggi tapi sayangnya ketinggiannya bawah 160cm? hihi Cemburu kan tengok bila perempuan lain tinggi lampai. Jom kita cuba buat senaman yang boleh membantu para remaja untuk menambah sedikit ketinggian mereka tanpa perlu ambil supplement. Antara senaman yang boleh anda lakukan adalah seperti di bawah : 

Strecthing

A picture containing photo

Description automatically generated

Ini merupakan salah satu cara menambah tinggi seseorang. Selepas bangun dari tidur, lakukan stretching. Gerakan seperti menendang kaki sebanyak 75 kali. Untuk hasil yang maksima, minum susu setelah melakukan stretching. Pilih susu yang mengandungi kalsium tinggi. Sebelum tidur juga anda boleh melakukan stretching di tempat tidur. 

Berenang 

A person swimming in the water

Description automatically generated

Berenang dikatakan dapat membantu menambah ketinggian. Berenang dapat membuat tubuh menjadi lebih fleksibel. Lakukan aktiviti berenang setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit. 

Berbasikal

A group of people riding on the back of a bicycle

Description automatically generated

Hal ini kerana gerakan kaki pada saat mengayuh, otot kaki akan terstimulasi dan dapat menambah ketinggian dengan cepat. Berbasikal lah sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari. 

Melompat 

A picture containing photo, sport, water sport, showing

Description automatically generated

Begitu juga dengan aktiviti melompat. Otot kaki akan terstimulasi dan dapat membantu tubuh menjadi lebih tinggi. Senaman ini boleh dilakukan sebelum masuk tidur dan berbasikal pada pagi atau petang. 

Tidur dengan posisi yang betul 

Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan postur tubuh menjadi tidak betul. Posisi tidur yang betul ialah terlentang, kepala menghadap ke atas, kaki lurus serta tidak menggunakan bantal yang terlalu tinggi.

Nota : Ini hanya salah satu cara yang boleh anda buat untuk tambah ketinggian. Tapi ada kemungkinan ia tidak menjadi. Yang penting anda perlu terima kelebihan dan kekurangan anda okay! Jangan putus asa!