Pernah makan chicken stew atau stew ayam? Kalau nak tahu, menu chicken stew ini memang sangat mudah dan cepat dimasak. Rasa dia memang terbukti sedap. Hirup kosong tanpa nasi pun dah sedap.
Kalau demam, sakit tekak atau tak ada selera makan, bolehlah hirup chicken stew ni buat pelega tekak. Memang nikmat.
Kaya dengan nutrisi, apa kata kita cuba buat chicken stew versi Puan Ulek Mayang yang beliau kongsikan di FB Group Makmal Makanan (MaMa).
Bahan-bahan:
- 2-4 ekor ayam – bahagian tulang sahaja
- 1 batang carrot – belah dan potong
- 2 helai bay leaf
- 4 biji kentang – potong 4
- 2 biji bawang holland – potong 6
- 2 tbsp tepung gandum
- ½ tsp mixed herbs
- ½ tsp dried oregano
- ½ tsp lada hitam
- 1 cup tomato paste
- 2 cup chicken stock/kiub knorr
- 5 batang fresh button mushroom
- 3 tbsp minyak masak
- fresh thyme
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan masukkan ayam. Pastikan guna api yang besar dan biarkan ayam bewarna keperangan. Masukkan bawang Holland, Bay Leaf dan teruskan mengacau sehingga bawang juga bertukar warna.
- Masukkan tepung gandum dan perlahankan api. Pastikan gandum tidak berketul dan bertukar kepada warna coklat. Kita sebenarnya tengah buat ‘brown roux’ sejenis agent pemekat untuk stew kita.
- Masukkan stok ayam, carrot dan kentang. Tutup seketika anggaran dalam 5 minit dan masukkan tomato paste.
- Tambahkan dried herbs dan lada hitam. Masukkan fresh button mushroom. Teruskan mereneh sehingga carrot dan kentang empuk. Tambah air jika nampak pekat.
- Perasakan dengan garam dan masukkan fresh thyme. Tutup api dan periuk. Biarkan rehat seketika untuk dapatkan aroma segar dari fresh thyme. Sedia dihidang bersama roti pilihan.
Memang mudah dan ringkas sangat nak buat chicken stew ni. Biasanya kalau anda peminat K-Drama, hidangan chicken stew ni memang popular dengan masyarakat sana. Disebabkan menu ni agak kurang sinonim dengan masyarakat Melayu, dengan resipi ni bolehlah korang cuba try test dulu.
Nota: Kalau dipekatkan lagi, korang boleh jadikan ia sebagai inti chicken pie.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: SAYS Seismik