Musim wabak ni memang kena jaga kesihatan baik baik. Sebab bila kondisi kesihatan bukan dalam keadaan tiptop memang senanglah penyakit nak datang. Cuaca yang tak menentu pun jadi punca kesihatan terganggu.

Contoh yang selalu jadi ialah batuk. Bila dah batuk berlarutan, memang rasa sangat tak selesa dekat tekak tu. Sampai bila dah terlampau lama, ianya akan sebabkan kecederaan pada tekak.

Kredit: FMT

Jadi untuk kali ni, sis nak share satu petua Jes Tham yang katanya sangat mujarab untuk kurangkan batuk. Tak kira muda ke tua, semua boleh amalkan petua dari pakar ubat China & Taiwan ni.

Bahan:

  • Buah oren
  • Garam

Caranya:

  1. Potong bahagian atas & bawah limau.
  2. Cucuk limau dengan garfu/chopstick sebelum taburkan garam.
  1. Letak oren dalam tray yang tak berlubang dan kukus oren dalam 2 jam untuk keluarkan jus. Kalau bawah 2 jam pun boleh cuma jusnya tak banyak. 
  2. Lepas 2 jam bolehlah minum jus yang ada. Isi dia jangan buang, makan sekali.

Kalau korang jenis yang tak suka rasa ubat batuk yang klinik punya tu, korang bolehlah try amalkan sampai batuk berhenti. Bukan takat batuk, kahak pun boleh kurang kalau korang amalkan ni.

Yang penting kita usaha tau. 🙂

Selagi wabak COVID-19 ni tak habis, selagi itulah kita kena jaga betul-betul kesihatan kita. Sentiasa minum air masak dan banyakkan ambil makanan yang ada vitamin C selain daripada amalkan norma baharu.

Jaga diri!

Korang juga mungkin berminat nak baca:
5 Petua Air Paling Mujarab Rawat Batuk, Yang Penting Sedap!