Nak kurus sebelum raya kan? Ha makan pucuk ubi ni, jangan banyak cerita. 


Okay, Cik Ju nak tanya mesti ramai kan bercita-cita untuk turunkan berat badan kan? Tapi cita-cita tu banyak yang tercicir di tengah jalan apabila nafsu makan korang membuak-buak. 

Sama lah macam Cik Ju, tapi Cik Ju ni jenis makan sikit tapi kerap, so kejap-kejap Cik Ju ni lapar. Sampai husband Cik Ju tegur ni orang ke apa yang makan je tak sudah-sudah ni, hrmm malu kejap Cik Ju, tolak pinggan ke tepi terus, tapi jeling-jeling dekat pinggan tu, kesian lauk tak habis lagi. Kan? 

Tak baik bazir. Katanya…

So, jogging? Malas, Zumba? Tak ada masa, yoga? Tak pandai, kurus? Nak.. itu lah perempuan, sama lah kita semua ni. 

So banyak sangat tips yang kitorang pakai, apa kata try pula yang ni, pernah tahu pucuk ubi boleh kuruskan badan? 

A green plant

Description automatically generated
Sumber : OHSEMPOI.com 

Pucuk ubi bukan sebarang sayur kampung, tetapi ia mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan.

Penjagaannya sangat mudah, malah ia tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun.

Secara ringkasnya, pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan.

Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.

A green plant

Description automatically generated
Sumber : Free Malaysia Today 

Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Oleh sebab itu ia adalah makanan yang sangat tepat untuk menurunkan berat badan.

Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.

Basically, tubuh kita ni memang memerlukan semua khasiat yang terkandung dalam daun ubi ini tapi mampukah Cik Ju dan korang semua untuk makan pucuk ubi dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan tubuh?

Nak kurus sebelum raya kan? Ha makan pucuk ubi ni, jangan banyak cerita.