Kalau pergi Melaka, jangan terlepas peluang nak merasa asam pedas. Orang Melaka kalau buat asam pedas memang pekat piaw punya.
Mesti ramai yang tertanya, kenapalah asam pedas sana tu sedap dia over betul kan? Jadi kali ni sis nak share sikit pasal rahsia nak masak asam pedas yang kick & power, sepower yang korang boleh dapatkan dekat Melaka tu.
1. Sebelum tumis bawang kisar dengan cili, masukkan sikit halba dalam minyak panas. Tujuannya supaya bangkitkab lagi bau wangi asam pedas tadi.
2. Biasa kalau orang buat asam pedas, bahan daun dia letak daun kesum je kan untuk naikkan bau? Tapi korang jangan letak daun kesum je, masukkan sekali serai dengan bunga kantan. Bila dua bahan ni bergabung, memang asam pedas korang akan terasa meletopnya lain daripada biasa.
3. Tambah sikit rempah kari lepas bahan tumis tadi dah pecah minyak. Jangan banyak sangat, nanti terasa pula karinya. Korang letak sikit je, sekadar untuk bagi kuah lagi kaw likat dan sedap.
4. Banyakkan sikit cili kisar tu supaya jadi penambah kuah pekat.
5. Nak menumis biar minyak banyak. Barulah nanti bahan kisar yang ditumis tadi elok je pecah minyak. Jangan lupa tambah sikit gula untuk cantikkan lagi warna tumisan. Nak tahu tips tumis sambal sampai pecah minyak, korang boleh baca dekat SINI.
Mudah je kan? Lepas ni kalau teringin nak makan asam pedas Melaka, korang boleh beli bahan buat sendiri je kat rumah. Tak payah travel sampai ke Melaka. Nak pulak musim COVID-19 ni. Hmm, bahaya lah.
Oh lagi satu tips, kalau korang risau daging ikan jadi hancur, korang boleh rendam sekejap ikan dalam bancuhan air asam jawa supaya daging ikan jadi elok je pejal dan cantik. kalau nak lumur je pun boleh tak perlu rendam. Bila nak masuk ikan dalam kuah nanti, korang cuci je dulu.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Concorde Hotel Shah Alam