Mesti uols semua tahu antara minuman paling laris sepanjang Ramadhan ialah Air Katira.
Bagi penggemar Air Katira, jangan risau. Walaupun tak dapat dapat membelinya pada tahun ini, tetapi masih boleh buat sendiri.
Siti Hajar Mat Rasit melalui laman Facebooknya berkongsi resepi air katira yang sangat senang untuk dibuat ketika berbuka. Bahan yang digunakan pun simple tapi hasilnya pasti sedap!
Bahan-bahan:
- Pewarna minuman berperisa TEBU (brand Double Lion)
- Susu pekat manis
- Biji selasih (rendam dulu)
- Cincau (potong ikut suka)
- Sirap ros/ pewarna merah
Cara-cara:
- Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
- Masukkan air kosong.
- Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
- Masukkan ais.
Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga.
Sekali lagi diingatkan bahan yang ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa.
Boleh buat untuk buka puasa nanti!
Sumber: Siti Hajar Mat Rasit
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun