Sambil-sambil minum petang memang layan kalau dapat cucur jagung ni. Resepi yang sangat mudah tetapi sesuai dan kena dengan selera semua orang terutamanya bila dimakan panas-panas.
Nak tahu macam mana nak hasilkan cucur jagung yang rangup di luar tapi lembut di dalam? Jom cuba resepi mudah Puan No Or ini yang sudah dikongsi sehingga 225 kali.
Bahan-bahan:
- 2 tongkol jagung
- Air
- 1 ulas Bawang besar
- Garam
- Tepung gandum
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara penyediaan:
- Buang kulit jagung dan hiris isinya.
- Masukkan air dan semua bahan. Kacau sebati. ** Masukkan tepung secukupnya. Agak-agak supaya adunan jangan terlalu pekat.
- Ketepikan seketika.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
- Angkat tos kan minyak di atas kertas tisu. Sedia untuk dihidang.
Mudah sahaja kan? Kalau anda penggemar pedas, bolehlah tambah sedikit hirisan cili hijau ke dalam bancuhan. Tapi biasanya cucur jagung ni rasa dia macam manis manis masin gitu.
Selamat mencuba.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Kredit: Puan No Or
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!