Orang sekarang semuanya mudah. Nak merempah beli je terus yang ada dekat kedai tu. Berbeza dengan orang dulu yang kalau nak masak makanan yang gunakan rempah dorang giling satu-satu bahan.

Walaupun rempah kat kedai tu memudahkan, korang pernah terfikir tak nak buat rempah homemade sendiri, ikut citarasa sendiri. Kadang-kadang rempah dekat kedai tu bukannya tak sedap, cuma ada kalanya tak kena dengan tekak.

Nak buat rempah sendiri ni tak susah pun kalau ikut resepi Puan Ami Sue ni.

Bahan-bahan:

  • bunga lawang
  • kayu manis
  • jintan putih
  • bunga cengkih 
  • biji sawi
  • jintan manis
  • buah pelaga (buang biji sikit)

Cara penyediaan:

  1. Ambil 7 beradik tadi ikut citarasa masing-masing dan goreng tanpa guna minyak sampai agak naik bau.
  1. Gilirannya kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dulu. Dalam 2-3 minit masukkan bunga cengkih, jintan putih & jintan manis sebelum biar lagi dalam 2-3 minit sebelum masukkan biji sawi.
  2. Bila dah bunyi letup-letup, padamkan api dan tunggu bahan sejuk sebelum blend halus.

Bila nak guna, ambil pakai sudu kering supaya rempah tak rosak dan tahan lama. Jangan risau, korang punya rempah ni berbulan boleh tahan.

Masa nak tumis nanti, jangan lupa guna rempah ni. Bau dia memang terangkat betul. Kalau jiran bau, telan air liur dia nanti. 😉

Korang juga mungkin berminat nak baca:
Confirm Meletop, Ini 2 Tips Mudah Masak Kari Style Mamak

Kredit resepi & gambar: Ami Sue Haji Sanusi