Kalau pergi Thailand atau ke kedai makanan Thailand, tak lengkap hidangan kalau tak dicampur dengan menu sotong ala Thai ni. Rasa lemak manis sotong ditambah dengan rasa sos yang masam masam pedas, memang memikat selera.
Nak buat menu sotong sos Thai ni tak susah pun. Hanya perlu beberapa bahan dan 4 langkah mudah, dan sotong ala Thai anda sudah siap untuk dihidangkan.
Jom tengok macam mana Mama Sal buat menu yang sesuai untuk hidangan seisi keluarga ini.
Bahan-bahan:
- Sotong segar
- Cili api (merah + hijau) kaler jadi lawa
- Bawang putih (6 – 7 ulas)
- Sesudu sos tiram
- Gula (3 sudu)
- Garam (secubit)
- Sos ikan
- Limau nipis (ambil jus je)
- Daun ketumbar
** Untuk sos nya nanti kena adjust sendiri rasa ye. Kalau suka pedas, lebihkan cili. Suka masam lebihkan sos ikan dan air perahan limau.
Cara penyediaan:
- Basuh bersih sotong. Kelar kelar kan je jangan potong.
- Masak kan sekejap je sotong. Takperlu letak apa-apa. Kasi air kat sotong kering sikit. Sekejap je tau.
Cara penyediaan sos:
- Tumbuk cili api. Mama Sal campur merah dan hijau kasi kaler meriah dan terr extra pedas tapi sedap pulak tu.
- Tumbuk kasar je ye takyah beria nau. Kang pecah pulak. Lepas tu masukkan bawang putih tadi. Ha sambuk bertumbuk lagi.
- Masukkan dalam mangkuk bahan yang dah tumbuk. Letak sesudu sos tiram, sos ikan dalam 2 sudu, garam gula secukup rasa. Pastu last sekali air perahan limau tu ye. Sebiji cukup dah tengokla tekak korang suka camne. Kena ejas rasa ye.
- Lastly hiris daun ketumbar. Haa jangan silap daun pulak terambil daun sup. Pastu tabur atas sos tadi. Kalau suka sos tu berkuah sikit lebihkan sos ikan dan limau. Kalau suka pekat kurangkan sos ikan ye. Yang sos ni sal main ejas ejas rasa. Rasa sos ni semua ada pedas, masam manis semua ada. So delicious guysss.
- Curahkan sos kat atas sotong tadi. Nak tuang semua boleh, nak buat colek pun boleh. Tapi kalau gini kene ratah jela sedap nya.
Tengok sotong Mama Sal ni memang tak boleh tahan. Balik ni kena cari juga sotong dan bahan-bahan nak buat. Terliur!
Kalau korang nak tahu, sos ni bukan boleh makan dengan sotong je. Tapi boleh juga korang letak dekat ayam, udang atau lauk-lauk lain. Sebab sos pencicah ni memang ngam sangat makan dengan benda yang direbus.
Terima kasih Mama Sal sebab share resepi sedap ni. Selamat mencuba semua!
Kredit gambar utama: Pinterest, Saleha Maarof