Walaupun ada yang tak suka taugeh sampai tertubuhnya group Persatuan Anti Taugeh, tapi teksturnya yang rangup buatkan ramai yang menggemari sayur nan satu ni.

Kredit: Pa & Ma

Selain daripada tumis, mungkin korang boleh cuba resepi daripada Naomy Chow ni. Sedap betul. Jom kita tengok macam mana nak buat.

Bahan:

  • Kicap soya cair
  • Garam 
  • Ajinomoto
  • Bawang putih
  • Daun bawang
  • Taugeh
  • Minyak

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air dengan sikit garam & ajinomoto.
  2. Celur taugeh sebelum gaulkan dengan kicap cair.
  1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak sampai naik bau sebelum siramkan ke taugeh tadi.
  1. Hiaskan dengan daun bawang.

Walaupun ringkas, tapi memang sedap sangat. Ratah macam tu pun layannnnn~

Sumber dan kredit gambar: Naomy Chow