Sejak sejak PKPtu, sis tengok ramai betul yang cari bayam Brazil. Sama je macam bayam, tapi disebabkan rasanya lebih rangup dan boleh dimakan mentah, ramailah yang mula cari pokok ni dan tanam depan rumah.

Kredit: Ayu Rashid

Selain daripada dijadikan ulam macam tu je, ada banyak lagi menu lain yang boleh korang cuba dengan bayam Brazil ni. Contoh-contoh menu yang sis jumpa dekat Cookpad.

1. Bayam Brazil celup tepung – Munirah Hanim

Kredit: Munirah Hanim

Bahan-bahan:

  • 3 genggam bayam Brazil
  • 1 biji telur
  • Serbuk goreng ayam serbaguna

Cara penyediaan:

  1. Basuh bayam Brazil dan toskan.
  2. Masukkan telur dan gaul rata sebelum masukkan serbuk goreng ayam tadi.
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan masukkan sikit demi sikit bayam tadi.
  4. Bila dah nampak kekuningan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!

2. Kerabu bayam Brazil – Puan Najib Rahim

Kredit: Puan Najib Rahim

Bahan-bahan:

  • Segenggam bayam Brazil
  • Segenggam ikan bilis – digoreng
  • Setengah labu bawang merah
  • 3 batang serai
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan
  • Garam & gula

Cara penyediaan:

  1. Cuci dan hiris kasar sayur bayam, bawang merah, serai dan daun ketumbar. 
  2. Campurkan kesemuanya dan masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk kasar sebelum perasakan dengan sos ikan, garam & gula secukupnya.

Masak Tempoyak Udang & Bayam Brazil – Leeina Qaliena

Kredit: Leeina Qaliena

Bahan-bahan:

  • 9 ekor udang bersaiz besar
  • 1 mangkuk sayur bayam brazil
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 1 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 buku kunyit hidup
  • 2 sdb maggi cukup rasa
  • 1 sdb gula
  • 1 keping asam keping(jika perlu)
  • keping Kalau tempoyak sudah masam tak perlu asam
  • 3 sdb minyak untuk menumis
  • 2 cawan air

Cara penyediaan: 

  1. Udang dibersihkan tos dan ketepikan.
  2. Kisar cili padi,cili besar,halia,bawang merah,bawang putih dan kunyit hidup.Panaskan minyak tumis bersama serai yang diketuk sehinga berbau wangi.
  3. Masukkan tempoyak kacau sebati seketika dan masukkan air.masukkan asam keping jika perlu.
  4. Masukkan udang.masukkan serbuk maggi cukup rasa.masukkan gula.kacau sebati
  5. Masukkan daun bayam brazil kacau sekata dan biar sehingga masak dan siap untuk dihidang!