Dengan 5 bahan penting, pencuci mulut tradisi Melayu ni senang je nak buat.
Kalau uols pergi pasar, mesti nampak buah labu. Murah dan mudah nak dapat. Labu ni versatile, boleh buat masak lemak atau pai labu. Tapi resepi paling mudah dan sedap pakai buah labu ni of coz pengat. Korang boleh ikut je resepi kat bawah ni.
Bahan-bahan:-
- 1/4 biji labu – buang kulit dan potong saiz sederhana
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 1/2 cawan biji sagu -basuh dan toskan
- 1 helai daun pandan -disimpul
- 1/2 sudu teh garam
- 2 keping gula melaka
- 3 sudu gula
Cara Penyediaan:
- Rebus labu bersama daun pandan.
- Bila air rebusan mula mendidih, masukkan gula, gula melaka, sedikit garam dan sagu.
- Masak sehingga sagu menjadi jernih dan tambahkan santan pekat.
- Kacau untuk beberapa minit dan matikan api.
- Siap untuk dihidang.