Dengan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak beberapa hari ini menjadikan orang ramai risau untuk berada di luar rumah jika tiada kepentingan yang mendesak.
Susulan itu, Maybank telah memperkenalkan Maybank EzyQ, iaitu satu sistem yang membolehkan pelanggan Maybank menempah terlebih dahulu slot mereka sebelum menghadirkan diri ke cawangan Maybank pilihan.
Langkah ini adalah bertujuan supaya masa menunggu pelanggan dapat dikurangkan seterusnya mengurangkan risiko terdedah dengan jangkitan wabak COVID-19.
Antara urusan yang dibuka bagi perkhidmatan ini ialah:
- pembukaan akaun baru,
- kad debit,
- khidmat nasihat jualan,
- khidmat kaunter dan sebagainya.
Namun urusan berkenaan dengan transaksi ASNB, ianya perlu dirujuk kepada cawangan terdekat Maybank.
Setiap pelanggan boleh membuat tempahan slot menerusi sistem ini seawal 1-10 hari bekerja sebelum berurusan dengan cawangan Maybank terdekat. Emel peringatan mengenai janji temu akan dihantar bagi mengingatkan pelanggan mengenai slot appointment mereka.
Lebih mudah bukan? Layari laman web Maybank untuk tempah slot anda.
Ingat, kita masih belum menang. Tetap amalkan penjarakan fizikal dan jaga kebersihan diri mengikut SOP yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).