Dalam banyak-banyak side dish KFC, yang paling sis gemar ialah coleslaw. Dia punya rasa tu memang umph betul. Kadang tu teringin jugaklah nak buat sendiri kat rumah, tapi rasa dia tak menjadi sangat macam yang makan dekat KFC tu.
Cari punya cari, hari tu sis ada terjumpa resepi coleslaw sedap dengan tips nak jadikan dia sedap. Bila dicuba memang terbaiklah.
Jadi hari ni sis nak share dengan korang pulak tips yang sis dapat daripada Tuan Syahr Musafir ni.
1. Pastikan semua bahan fresh, contohnya jangan gunakan sayur yang dah lama dalam peti.
- Kobis, dipotong nipis. Hiris/potong ye, jangan sagat. Kalau sagat, kobis jadi tak best.
- Carrot, boleh dipotong halus atau disagat. Takde masalah. Air daripada carrot menyedapkan rasa coleslaw.
- Sos mayonis, jangan terlalu banyak. Just nice saja. Jangan pula terlalu sedikit, jadi kering pula. Pandai-pandai la ye.
- Lemon zest. Bukan perahan lemon, tetapi sagat kulit lemon. Sedikit sahaja, untuk menaikkan rasa.
- Epal hijau, dipotong dadu kecil/halus.
- Tomato, dipotong dadu kecil. Bahagian bijinya pun saya ambil masukkan sekali, takde masalah.
- Jangan letak kismis.
2. Gaul sebati dalam besen besar. Jangan kasar sangat, buat perlahan-lahan je ye.
Tak perlu garam/gula. Mayonis saya biasa guna jenama Kimball.
3. Masukkan ke peti sejuk sebelum dihidang. Mungkin setengah jam.
Guna 3 step ni je korang dah boleh dapat coleslaw yang sangat sedap. Cara buat pun tak renyah kan?
Sis gerenti korang makan je coleslaw ni memang dah tak pandang yang jual kat luar tu. Tekak akan selesa makan guna resepi ni je.
Nanti jangan lupa cuba dan share dengan kitaorang kat Sinaran Wanita tau. Selamat mencuba!
Sumber: Syahr Musafir
Kredit gambar utama: The Spruce Eats