Pandai bawa diri dalam pergaulan sesama rakan sekerja akan memudahkan anda menyesuaikan diri.
Melangkah ke alam pekerjaan adalah fasa penting dalam hidup. Seringkali kita tak pasti bagaimana untuk berinteraksi atau bergaul dengan rakan sekerja. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang baru bekerja, malah pada mereka yang memulakan kerja di tempat baru.
Persoalannya, adakah kita perlu tunjukkan sikap kita yang sebenar atau cipta persona baru supaya mudah diterima rakan sekerja yang lain?
Perkara yang perlu diingat adalah, tidak semua orang boleh menerima kita seadaanya. Adalah penting untuk membuat diri kita dan orang lain selesa untuk berkomunikasi supaya tugasan boleh berjalan lancar.
Terapkan rasa hormat dalam diri
Tidak kira apa pangkat atau kedudukan anda, pastikan anda saling hormat-menghormati jika anda ingin diri anda disenangi oleh orang sekeliling. Maka terapkan dalam diri anda sifat hormat itu sebagai contoh untuk mereka menghormati kita balik.
Give and Take
Setiap orang mempunyai personality yang berbeza, anda tidak boleh mengharapkan balasan layanan yang sama seperti mana layanan yang anda berikan kepada mereka. Layan mereka seperti mana mereka mahu dilayan.
Jangan sombong
Pastikan anda tidak menjadi seorang yang bodoh sombong kerana ini akan membawa pandangan yang negatif kepada rakan sekerja anda. Lagi-lagi jika anda baru bekerja di tempat tersebut, cuba jangan berlagak sombong atau ‘tunjuk pandai’ dengan menolak ajaran senior-senior anda.
Focus pada orang sekeliling
Kadang-kadang disebabkan terlampau ramai pekerja di sebuah syarikat, anda tidak akan perasan ada yang akan menyendiri kerana tidak tahu cara untuk bergaul. Jika anda ingin digemari ramai, anda boleh memulakan perbualan dengan orang baru atau dengan orang yang susah untuk bergaul dalam kelompok yang ramai. Secara tak langsung dia akan berasa selesa dengan anda dan bertambah mesra.
Jangan ‘try hard’ sangat
Jika anda tidak biasa dengan sesuatu situasi pastikan anda ambik masa untuk merapatkan diri dengan orang sekeliling dan bukan beriya-iya menonjolkan diri anda. Ini akan membuat orang lagi meluat dan tidak suka dengan cara kita. Jangan sampai dilabel belagak walaupun hakikatnya tidak.