Hi uols. Siapa sini macam Kak Jah yang boleh makan satu lauk je kalau berbuka? Kak Jah jebis boleh je makan satu lauk taoi ada orang kena lauk penuh satu meja ye dok?
Sini Kak Jah nak share kan antara resepi satu lauk yang simple tapi memang sedap lagi-lagi masa berbuka nanti iaitu resepi udang goreng butter telur masin.
Bahan-bahan:
- 500gm udang
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih – dicincang
- 15 biji cili padi – dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin – direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara:
- Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
- Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
- Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
- Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
- Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Haa dah terliur ke? Boleh lah bersiap ke pasaraya dan beli udang kan. Selamat mencuba!