Sebut je group FB Masak Apa Hari Ni… (MAHN), ramai yang tahu tentangnya. Dah ditubuhkan sejak 2015, group ni pun dah ada lebih 1.5 juta ahli di dalamnya.
Dalam group ni macam-macamlah yang share pasal resepi masakan dorang. Disebabkan group ni public, ramai jugalah yang datang berkunjung semata-mata untuk dapatkan idea resepi.
Tapi hari ni, salah seorang admin group MAHN mengumumkan bahawa group tersebut bakal ditutup buat selamanya kerana ramai ahli group yang share post yang tidak berkaitan dengan konsep group.
Ada beberapa peraturan yang ditetapkan untuk post dalam group ni, antaranya:
- Tak dibenarkan iklan
- Cerita tentang apa yang dimasak je
- Makanan beli/kedai tak boleh post
- Nak ambil resepi kena komen SHARE @ TQ dulu
- Lebih untuk yang nak belajar masak
Mungkin ada antara ahli group yang dah langgar peraturan kat atas kot, tu yang admin nak tutup group agaknya. Tapi harapnya tak betullah. Macam biasalah, reaksi dari ahli group ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju.
Sebab sis pun banyak dapatkan idea nak masak apa dari group ni. Sebab dalam group ni banyak orang share pasal resepi-resepi yang memang lain daripada lain.
Korang rasa macam mana?