Bagus untuk mereka yang tak suka makan pil bila sakit ketika datang haid.

Sakit datang bulan?! Amalkan 7 pose yoga macam kat bawah untuk kurangkan period cramps korang. Bukan tu je, pergerakan ni pun bagus untuk bantu kurangkan ketidakselesaan lain yang berkaitan dengan period macam sakit kepala dan anxiety.

A person sitting in a chair

Description automatically generated

1. Bound Angle Pose 

Pose ini untuk melancarkan system penghadaman dan juga bagus kurangkan sakit perut masa datang bulan. Kalau rasa penat, pose ni pun boleh bantu tingkatkan tenaga. 

A picture containing person, laying, woman, man

Description automatically generated

2. Reclined Bound Angle 

Lebih kurang sama macam pose yang pertama Cuma kali ni kita perlu baring. Posisi ini boleh membantu mengurangkan pelbagai symptom PMS macam keletihan, insomnia dan sakit kepala. Posisi ini sebenarnya membolehkan otot abdominal berada dalam keadaan relaks, jadi kuranglah rasa cramp tu. ? 

A picture containing person

Description automatically generated

3. Child’s Pose 

Child Pose membantu merehatkan minda serta melegakan tekanan di dalam badan. Walaupun pose ni nampak simple, ia membolehkan korang rasa relaks. 

A person holding a sign

Description automatically generated

4. Wide Angle Seated Forward Bend 

Pose ni sebenarnya sangat bermanfaat untuk menenangkan minda, tak kira samaada masa korang tengah berperang dengan symptom PMS atau rasa stress. Ia membantu merangsang organ dibahagian abdomen dan mengurangkan kesakitan. 

A picture containing person, man, laying

Description automatically generated

5. Reclining Twist 

Ini antara pose paling common untuk mengurangkan kesakitan PMS. Kenapa? Sebab bahagian belakang dan juga pinggul berada dalam keadaan meregang, membolehkan badan relaks. Organ perkumuhan pun terangsang dengan pose ni sebab ia membantu pengaliran darah yang lebih lancar. 

6. Inverted leg pose 

Inverted leg pose memperbaiki aliran darah dan juga penghadaman. Ia juga bagus untuk menurunkan tekanan darah, meningkatkan tenaga dan juga menenangkan.

A picture containing person, man, sitting

Description automatically generated

7. Head to Knee Forward Bend 

Pose ini bagus untuk system penghadaman dan juga uterus disamping melegakan anxiety, keletihan, sakit kepala dan menstrual cramps. Ia juga dapat menbantu mengurangkan mild depression.