Kudapan wajib ada masa raya? Kalau orang dulu-dulu, tak sah kalau tak ada kuih popia simpul ni. Sebab ni antara kuih tradisional yang disukai ramai sebagai kudapan. 

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Linda Shizzo ada berkongsi resepi inti popia simpul kasih ini dengan menggunakan ikan bilis dan udang kering. Haa uols boleh lah cuba buat untuk family sendiri.

Bahan-bahan: 

  • 200 gram ikan bilis yang sudah dikupas dan dibersihkan
  • 100 gram udang kering
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 1cawan air 
  • ½ cawan gula 

Cara-cara: 

1.   Ikan bilis dan udang kering perlu dibasuh dan dikeringkan.
2.   Kemudian apabila sudah kering, blend ikan bilis dan udang kering menggunakan blender kering/tanpa air.

3.   Masukkan gula dan 1 cawan air (kena pandai sukat air dan gula. Jika tak nak manis, kurangkan gula. Air pula jangan terlebih nanti inti lambat kering)

4.   Apabila sudah larut, masukkan serbuk cili dan bahan yang sudah diblend tadi.
5.   Kacau sehingga jadi kering atau jadi seperti serunding.

6.   Biarkan inti semalaman untuk jadikan inti itu betul-betul kering dan berderai supaya tidak basah semasa proses pintal pada kulit popia nanti.

Untuk kulit popia, potong seperti dalam gambar iaitu secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang dilapik dengan tuala basah. Ini kerana, kulit popia akan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan menyebabkan ia susah untuk pintal.

Dah siap!

uols mungkin berminat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!